Saturday, August 28, 2010

Tenaga Solar Hybrid di Sarawak


sekadar untuk berkongsi maklumat

terdapat Projek Tenaga Solar Hybrid di Betong Sarawak

mungkin matlumat ini berguna untuk bagi mereka yang berminat dalam 

Teknologi Tenaga Suria

atau mengambil tajuk berkenaan untuk penulisan Thesis

boleh lah berbincang dengan Prof Yusof Othman ataupun Prof Hafidz Roslan 
untuk keterangan lanjut

boleh juga membuat rujukan di
majalah3@tv3.com.my
tarikh : 28 Ogos 2010




sekian.

Thursday, August 19, 2010

Taklimat Latihan Ilmiah Untuk Pelajar Tahun 3


Pensyarah 
Prof Ibrahim b Abu Talib

Masa
4pm-5pm

Tarikh 
24 Ogos 2010

Tempat
BSL 123 CK



harap maklum


sekian.

Wednesday, August 18, 2010

Thursday, August 5, 2010

Laman Web Latihan Industri Tahun 3 Sem 3

jika ada antara anda yang lupa

ini adalah laman web untuk Latihan Industri

www.ukm.my/lippfg



Monday, July 19, 2010

Ucapan ringkas di semester baru.

assalamualaikum

sekadar ingin mengucapkan

good luck to all 3rd year students

untuk memulakan persiapan menyiapkan thesis

mengikut tajuk yang telah diberikan oleh penyelia thesis masing-masing

diharapkan anda semua gembira hendaknya dengan tajuk thesis yang telah dipilih

kepada pelajar tahun 1 dan 2

selamat menyiapkan assingments 
sama ada tiru atau buat sendiri
belakang cerita

jika ada kuiz, skor la ye sebaik-baiknya!
ia membantu dalam permarkahan


jika ingin nota dari senior jangan segan dan malu untuk mintak dari mereka 
jika masih ada dalam simpanan la kan?

dah dapat nota tu, kongsi lah dengan rakan-rakan ye!





sekian.

Saturday, July 17, 2010

Kata Alu-Aluan Untuk Semester Baru Julai 2010/2011

assalamualaikum

saya wakil daripada kelab Fizik

mengucapkan

Selamat Datang 

kepada pelajar-pelajar Tahun 1

tahniah diucapkan kerana menerima tawaran Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian Sains (Fizik)

dan 

Selamat Kembali

kepada pelajar-pelajar Tahun 2 dan 3

semoga perjalanan anda di UKM semakin meningkat supaya dapat gred kelas Pertama di akhir pengajian nanti

insya-allah

sama-sama lah kita memeriahkan Kelab Fizik UKM


diharapkan dengan kehadiran kelab ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar Program Fizik dan juga para Pensyarahnya






sekian.

Monday, April 5, 2010

R&D di UKM

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN


Pengenalan
Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) berusaha mempelopori penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang-bidang tujahan yang terpilih dan menawarkan pogram pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.  Ilmu fizik adalah asas kepada teknologi moden.  Program pengajian siswazah peringkat Doktor Falsafah ditawarkan melalui tesis sementara peringkat Sarjana ditawarkan melalui tesis dan kerja kursus.  Program Sarjana melalui tesis disokong dengan beberapa kerja kursus bagi menyediakan asas yang kukuh kepada calon sebelum menjalankan penyelidikan.  Program Sarjana dengan kerja kursus pula akan mewajibkan calon menjalankan satu projek penyelidikan yang pendek dan berfokus. Program Pengajian lanjutan di peringkat sarjana dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa kecuali Program Sarjana Fizik Gunaan.

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang di antaranya ialah Fizik Angkasa, Filem Nipis, Fizik Matematik, Pendidikan Fizik, Fizik Perubatan, Perubatan Nuklear, Ionik Keadaan Pepejal, Kakisan, Karbon Termaju, Bahan Komposit, Magnet, Pencemaran, Seramik, Superkonduktor Suhu Tinggi, Nanoteknologi, Biobahan, Teknologi Bio-polimer Komposit, Teknologi Polimer, Teknologi Pulpa dan Kertas, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Terma Suria, Teknologi Fotovolta, Ujian Tanpa Musnah, Pencecairan Kayu, Kimia Kayu, Komposit Kayu dan Hasil Panel.

Ijazah yang dikurniakan adalah Doktor Falsafah dan Sarjana Sains seperti berikut:-

Program/Ijazah yang DitawarkanBentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Fizik) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Bahan) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Nuklear) Tesis
Doktor Falsafah (Pengurusan Keselamatan Industri) Tesis
Sarjana Sains (Fizik) Tesis
Sarjana Sains (Sains Bahan) Tesis
Sarjana Sains (Sains Nuklear) Tesis
Sarjana Sains (Fizik Gunaan) Kerja Kursus
Sarjana Sains (Teknologi Tenaga) Kerja Kursus
Sarjana Sains (Keselamatan Sinaran dan Nuklear) Kerja Kursus

Syarat Kemasukan
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Program Doktor Falsafah
a) Ijazah Sarjana dari UKM atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang  diiktiraf oleh Senat atau
b) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Sedang mengikuti program Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperaku oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat; atau
d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
e) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh  Senat.

Program Sarjana Sains
a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred (PNGK) yang  baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh senat; atau
b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman  dan berkerja dalam bidang yang relevan yang diiktiraf oleh Senat.


Pegawai yang boleh dihubungi:
Pengerusi
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA
Telefon  603-89215880
Fax 603-89213777
E-mail kpfg@ukm.my kpfg@ukm.my

Sunday, April 4, 2010

Tinggalkan Mel-E Anda


OBJEKTIF
MUDAH DIKESAN UNTUK DIHUBUNGI




CONTOH CARA MENINGGALKAN JEJAK ANDA

NAMA : AIN SUKA BIRU
TAHUN : 2 
KOLEJ : KBH




SYARAT UNTUK MENINGGALKAN JEJAK 

NAMA MESTILAH DIKENALI ORANG TAK KISAH NAMA SAMARAN SEKALI PUN LEBIH MUDAH GUNAKAN NAMA ANDA DI FACEBOOK
TAHUN MESTILAH MENGIKUT TAHUN ANDA MASUK KE UKM
TAHUN 2007/2008 MAKA ANDA TAHUN 3
TAHUN 2008/2009 MAKA ANDA TAHUN 2
TAHUN 2009/2010 MAKA ANDA TAHUN 1
KOLEJ ADALAH TEMPAT ANDA TINGGAL TERKINI


Presentation Viva Tahun 3



PRESENTATION VIVA
(THESIS)

5 - 7 APRIL 2010

BILIK SEMINAR SISWAZAH

JAM 9 PAGI - 6 PETANG

Design baju Kelab Fzik

Pengumuman



SELAMAT DATANG



KE BLOG FIZIK UKM



TERIMA KASIH ATAS KEDATANGAN ANDA KE BLOG INI


UNTUK  PENGETAHUAN BLOG INI MASIH DI PERBAIKI KEADAANNYA
MAKA TERDAPAT BANYAK PERKARA YANG MASIH PERLU DIEDIT LAGI
HEADER BLOG AKAN DIUSAHAKAN SUPAYA LEBIH KE FIZIK KAN NYA
**GAMBAR TU CARI DEKAT GOOGLE JE** 








SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

Related Posts with Thumbnails