Pengenalan
Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) berusaha mempelopori penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang-bidang tujahan yang terpilih dan menawarkan pogram pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Ilmu fizik adalah asas kepada teknologi moden. Program pengajian siswazah peringkat Doktor Falsafah ditawarkan melalui tesis sementara peringkat Sarjana ditawarkan melalui tesis dan kerja kursus. Program Sarjana melalui tesis disokong dengan beberapa kerja kursus bagi menyediakan asas yang kukuh kepada calon sebelum menjalankan penyelidikan. Program Sarjana dengan kerja kursus pula akan mewajibkan calon menjalankan satu projek penyelidikan yang pendek dan berfokus. Program Pengajian lanjutan di peringkat sarjana dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa kecuali Program Sarjana Fizik Gunaan.
Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang di antaranya ialah Fizik Angkasa, Filem Nipis, Fizik Matematik, Pendidikan Fizik, Fizik Perubatan, Perubatan Nuklear, Ionik Keadaan Pepejal, Kakisan, Karbon Termaju, Bahan Komposit, Magnet, Pencemaran, Seramik, Superkonduktor Suhu Tinggi, Nanoteknologi, Biobahan, Teknologi Bio-polimer Komposit, Teknologi Polimer, Teknologi Pulpa dan Kertas, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Terma Suria, Teknologi Fotovolta, Ujian Tanpa Musnah, Pencecairan Kayu, Kimia Kayu, Komposit Kayu dan Hasil Panel.

Ijazah yang dikurniakan adalah Doktor Falsafah dan Sarjana Sains seperti berikut:-
| Program/Ijazah yang Ditawarkan | Bentuk Pengajian |
|---|---|
| Doktor Falsafah (Fizik) | Tesis |
| Doktor Falsafah (Sains Bahan) | Tesis |
| Doktor Falsafah (Sains Nuklear) | Tesis |
| Doktor Falsafah (Pengurusan Keselamatan Industri) | Tesis |
| Sarjana Sains (Fizik) | Tesis |
| Sarjana Sains (Sains Bahan) | Tesis |
| Sarjana Sains (Sains Nuklear) | Tesis |
| Sarjana Sains (Fizik Gunaan) | Kerja Kursus |
| Sarjana Sains (Teknologi Tenaga) | Kerja Kursus |
| Sarjana Sains (Keselamatan Sinaran dan Nuklear) | Kerja Kursus |
Syarat Kemasukan
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Program Doktor Falsafah
a) Ijazah Sarjana dari UKM atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau
b) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Sedang mengikuti program Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperaku oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat; atau
d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
e) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

Program Sarjana Sains
a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh senat; atau
b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman dan berkerja dalam bidang yang relevan yang diiktiraf oleh Senat.

Pegawai yang boleh dihubungi:
Pengerusi
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA
Telefon 603-89215880
Fax 603-89213777
E-mail kpfg@ukm.my kpfg@ukm.my